
Abu Bakar dan Umar
February 16, 2010Ahmad Danial Abu Bakar & Ahmad Danish Umar. Buah hati mama dan ayah. Kata orang, kedua-dua iras ayah. Tak aci. Tapi takpa, asal sihat, sempurna sifat dan yang penting usaha untuk jadi umat yang soleh. Itu dah cukup buat mama bernafas dengan tenang…
Sorang tu nama manjanya danial, sorang lagi umar. Sorang nama depannya danial, sorang danish. Sorang nama akhirnya abu bakar, sorang lagi umar. Tah macam mana mama dan ayah tak boleh panggil umar sebagai danish. Rasa pelik, sebab dari umar dalam kandungan mama lagi, kami dah panggil adik umar. Sebabnya, nama depan masih kabur nak letak apa. Yang ada pada masa tu nama belakang saja, Umar. Jadi sampai sekaranglah umar.
Abu Bakar dan Umar. Abang dan si adik. Dua karakter berbeza yang kadang-kadang menyebabkan mama ni ‘bertukar’ rupa. Hehe. Elok2 jadi orang, nah! Tetiba ja bertukar jadi singa. Sedara yang tau mama macam mana dulu, pun ada yang perli2. “Hai..dulu tk pernahnya dengar suara. Kalau dengar pun suara manjaaa jaaa…” Amboih. Sedap punya perli. Bukannya aku jerkah danial dan umar tuh. Suara ja tinggi sikit. Maunya manjaaaaaaaa macam dulu, heh! Pakat2 buat tatau jaaa dua hero seMalaya tu. Panjat pokok, main baling pasir, siram pokok yang dah beratus tahun hidup kt laman rumah tok. Takkan laa nak tengok saja.
Dulu mama ingatkan abang sedikit kasar sikapnya berbanding umar. Tapi sesuai dengan namanya Abu Bakar, sikap ja nampak kasar, rupa2nya hati cepat tersentuh. Berbeza dengan adik Umar. Semua yang tengok cakap adik Umar lemah lembut…hehe.Hampa tk tengok lagi bila dia buat perangai. Uiiii..pening mama dan ayah. Dia punya tindakan memang lebih lembut dari abang. Muka pun nampak macam jenih budak yang tak lasak. Sekali kena kacau. Ha..baru tau kasar ke lembut, tinggi ke rendah. Rupanya hati keras anak mama sorang nih. Kadang ambik lori ketuk pala abang. Bila ayah jentik sikit tangan, hai… buat tak peduli jaaa..Bukan main bersungguh ayah berlakon. Dia buat relekkk jaa. Amboih.
Sekarang baru mama nampak. Memang sedikit sebanyak karakter Abu Bakar dan Umar tu nampak pada anak2 mama nih. Apa pun, mama dan ayah sentiasa berusaha, semoga danial dan umar bahagia di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak..Amin

